Amirah Che Zakaria. A human and a lover.
Twitter / Facebook









Pixel Icons Bunga terbuka, Bunga tertutup.
09:13 / December 22, 2014

Salam Isnin, Salam 22 haribulan 12.
Salam pagi, dari Kolej Matrikulasi Johor.

Mesti semua hairan, bingung, terpinga pinga.
Lama aku hilangkan diri.
Kini, muncul kembali. Secara tiba tiba. Tadaaaaa.
Aku, menaip dari makmal komputer di KMJ.
Ya, menaip secara haram. Agak hambar di situ.

Aku rindu. Rindu akan menaip sesuatu untuk dipaparkan di skrin komputer kamu semua.
Aku sibuk. Agak sibuk. Dengan tugas aku untuk menunaikan tanggungjawab aku.
Tanggungjawab aku untuk belajar.

Program matrikulasi, susah. Orang yang cakap.
Aku cakap. Aku nak cakap ni.
Aku pun tak tahu nak cakap susah ke tak.
Kalau ada keinginan untuk berjaya, benda ni takkan jadi susah untuk kau.
Dan aku, secara jujurnya berkata, masih lagi dibelenggu kemalasan.
Dan aku tahu, aku perlu ubah perangai ini.
InsyaAllah, aku akan ubah.
Masih mengharapkan keajaiban.

Suasana di KMJ.
Aku masih bersama kawan kawan sekolah aku.
Aida, Farah, Nazlan.
Hanya kami berempat sahaja di sini.
Tapi jarang jumpa. Sedih. Pedih.
Terpisah kerana lain modul, lain blok asrama.
Tapi masih "keep-in-touch". Masih bertegur sapa.
Cuma tidak rapat seperti dulu.

Tak kurang juga aku punyai ramai kawan baharu.
Kawan praktikum aku.
Kawan aras blok asrama aku.
Kawan aras blok asrama kawan aku.
Kawan kepada kawan kawan aku.
Kawan jumpa waktu sembahyang jemaah di masjid.
Kawan ketika di praktikum lama.
Kawan satu daerah tapi tak pernah kenal.
Kawan waktu di pusat tuisyen dulu, terjumpa kembali.
Kawan yang mengenali aku tapi aku tak kenali dia.
Takdir.

Kalau orang tu yang Dia tetapkan untuk kita bertemu.
Maka kita akan bertemu.
Tak kira di mana kita berada, dalam apa jua cara pun.
Kita akan bertemu dengan dia.
Semua nya perancangan Dia.
Dan kita, sebagai hamba-Nya.
Hanya mampu merancang.
Tapi Dia yang menentukan segalanya.

Aku sudah menaip terlalu panjang.
Risau akan kamu yang mula dilanda sindrom thykebosanansauraus.
Ya, sindrom itu direka.
Oleh aku. Pemilik blog ini, yang amat merindui menaip di blog.

Salam sayang,
Amirah.







© 2009 littlemeera.blogspot.com All Rights Reserved.