 Pesanan aku.
07:07 / July 30, 2011
Assalamualaikum,
Kepada sesiapa yang mempunyai boyfriend di luar sana, samaada yang baru couple or dah lama couple, tolong jaga boyfriend awak elok elok tau ? Tak kisah samaada yang handsome or tak handsome. Kalau dah perempuan jalang, dia tetap akan merampas boyfriend awak tu.
Meera takde sebab yang kukuh kenapa dia nak buat macam tu. Maybe sebab dia desperate sangat mahukan seseorang untuk menjadi boyfriend dia. Untuk membuatkan dia rasa dia selamat, untuk membuatkan dia rasa ada orang ambil berat pasal dia, untuk membuatkan dia tidak terasa ketinggalan dek arus zaman atau mungkin sebab dia sengaja berbuat begitu untuk mendapatkan populariti. Mungkin. Meera tak tahu. Tak berani nak cakap apa apa.
Yang Meera tahu, you all kena jaga boyfriend korang elok elok. Sekali lagi, ELOK ELOK. Jelas ? Dunia sekarang dah berbeza dengan dunia dulu. Manusia sekarang semakin ganas dan buas. Mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Bukan lelaki sahaja yang bersifat ganas dan buas tau. Perempuan turut serta tergolong dalam 'kumpulan' itu. Jangan tanya Meera kenapa. Dalam surat khabar ada banyak bukti.
Kesimpulannya, sila rajin rajinkan diri membaca surat khabar dan berusahalah menjaga boyfriend awak elok elok :)
Sayang, Meera


Newer ►
|