Amirah Che Zakaria. A human and a lover.
Twitter /
Facebook
 Ketujuh.
23:12 / July 5, 2011
Selamat malam. Malam ini aku terasa bosan. Jadi aku update blogger hihi :3
Jadi ada orang tanya aku tadi kat facebook bagaimana berat aku boleh turun dengan mendadak dari 48kg ke 39kg. Banyakkan turun berat badan aku ? Tapi kalau tengok badan aku.. masih besar macam dulu gak haih pelik aku dibuatnya haha.
Nak kata aku diet. Mana ada diet. Lagi kuat makan ada ah -.- Aku memang tak boleh dipisahkan dengan makanan. Lagi lagi sekarang ni mak aku saja rajinkan diri masakkan aku ayam goreng, rendang ayam, ayam masak merah. Kalau aku balik rumah je mesti aku terjah kat meja makan dulu kahkahkah xD
Jadi, aku akan bagi sedikit tips menguruskan badan malam ni !
- Waktu petang, rajin-rajinkan lah diri untuk berjogging. Tak pun, korang berjalan pun dah okay dah. Kalau aku, aku selalu pergi taman main buaian tak pun, main kejar kejar dengan adik si Tipah, Mia. Mahu tak turun berat badan aku main dengan budak tu hahaha.
- Korang kena ada matlamat ! Start dalam 0.5kg dulu. Kalau target banyak sangat kang korang mudah putih asa pulak kan ? Macam aku, mula mula ingat nak kurus dalam 3kg je. Tengok sekarang, turun berapa ? Kira sendiri haha.
- Korang kena banyak minum air mineral. Kalau boleh, pi mana mana pun bawa sebotol air mineral. Seelok-eloknya, minum air yang masak dan suam ~ Jangan minum drinking water, dia tapis je tak masak *ikut apa yang mak aku cakap ah hihi.
- Haaa yang ni penting ! Dulu waktu aku gemuk lagi, aku selalu makan kat depan tv. Atau television haha. Sejak kena sound setepek dengan mak aku hari tu, aku mula belajar untuk makan dekat meja makan. Tapi sekarang pun aku curi curi makan depan tv x)
- Jangan makan banyak sangat snek atau dalam bahasa sopannya, makanan ringan ! Seriously, jangan makan banyak sangat. Nak makan boleh, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Tak elok untuk kesihatan korang tau tak ?!
Kesimpulannya, itu sahaja yang aku boleh type sekarang. Aku takde idea dah hahaha. Jadi, malam pun sudah semakin gelap. Kbai :*


Newer ►
|
|